Bekas Pemain Norwich City, Ricky van Wolfswinkel Alami Aneurisme Otak!

Penyerang Belanda, Ricky van Wolfswinkel mendedahkan beliau mengalami aneurisma otak yang dijumpai semasa menjalani pemeriksaan akibat gegaran otak.

Beliau kini perlu berehat selama enam bulan selepas penemuan ini.

Penyakit ini memang sudah ada di dalam diriny, bukan disebabkan oleh gegaran otak yang dialami ketika bermain untuk FC Basel dalam perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang LASK pada 7 Ogos lalu.

Ricky memegang kepalanya disyaki mengalami gegaran otak

Beliau mendedahkan berita ini menerusi akaun Twitter rasmi kelab Switzerland itu pada petang Khamis.

‘Saya bersyukur dapat menjumpai aneurisma otak ini,’ katanya.

‘Selalunya aneurisma otak tidak akan dijumpa dalam keadaan ini, hanya selepas ianya telah pecah dan menimbulkan kerosakan yang lain.’

Aneurisma adalah pembesaran dalam pembuluh darah akibat pembuluh dinding darah yang lemah.

Jikalau ianya pecah, ia boleh menyebabkan pendarahan subarachnoid, yang boleh mengakibatkan kematian atau kerosakan otak yang lebih teruk.

Bekas penyerang Norwich City ini mengalami gegaran otak pada minit-minit terhadap dalam kekalahan 2-1 minggu lepas dan telah dibawa ke hospital kerana keadaan yang semakin membimbangkan.

Artikel Oleh: Aizat Hanafi

Ikuti kami juga di:

Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram: @LPI_MY
Twitter: @lpi_my

#LPIMY

Tinggalkan komen